DI SEBALIK KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Erti Maulid Nabi

Kelahiran seorang manusia sebenarnya merupakan perkara yang biasa. kerana setiap hari, setiap jam, bahkan setiap minit dunia ini tidak henti-hentinya menyambut bayi-bayi manusia yang baru lahir. Kerana ia perkara yang biasa, oleh itu tidak terasa bahawa dunia ini telah dihuni lebih dari 6 billion jiwa.

Kerana itulah mungkin, Nabi kita, Rasulullah Muhammad saw tidak menjadikan hari kelahirannya sebagai hari yang istimewa. Demikian juga keluarga mahupun para sahabat beliau. Wajar jika dalam Sirah Nabi saw dan dalam sejarah kehidupan para sahabat beliau sangat sulit untuk kita temukan tentang adanya sambutan Peringatan Maulid Nabi Muhammad saw baik yang dilakukan oleh Nabi saw sendiri mahupun oleh para sahabat beliau. Sebab sebagaimana manusia lainnya secara fizikal atau lahiriah memang tidak ada yang istimewa pada diri Muhammad sebagai manusia selain beliau adalah seorang Arab dari keturunan yang dimuliakan di tengah-tengah kaumnya. Wajarlah jika Allah swt melalui lisan beliau sendiri berfirman:

Katakanlah, Sungguh, aku ini manusia biasa seperti kamu semua... (QS Fushshilat [41]: 6).

Jadi mengapa setiap tahun kaum Muslim waktu ini begitu beria-ia memperingati Maulid Nabi Muhammad saw; sesuatu yang tidak dilakukan oleh Nabi saw sendiri dan para sahabat beliau?

Berbagai jawapan atau alasan dari mereka yang memperingati Maulid Nabi Muhammad saw biasanya bermuara pada kesimpulan bahwa Muhammad saw memang manusia biasa tetapi beliau adalah nabi dan rasul yang telah diberi wahyu; beliau adalah pembawa risalah dan pembawa rahmat bagi seluruh alam. Kerana itu, kelahirannya sangat layak diperingati. Peringatan Maulid Nabi Muhammad saw sendiri tidak lain merupakan sebuah sikap pengagungan dan penghormatan (ta?zhîman wa takrîman) terhadap beliau dalam statusnya sebagai nabi dan rasul; sebagai pembawa risalah seterusnya pembawa rahmat bagi seluruh alam.

Jika memang demikian kenyataannya, kita dapat memahami makna Peringatan Maulid Nabi Muhammad saw. yang diselenggarakan setiap tahun oleh sebagian kaum Muslim waktu ini iaitu sebagai bentuk pengagungan dan penghormatan beliau dalam statusnya sebagai nabi dan Rasul Allah. Itulah yang menjadikan beliau sangat istimewa dibandingkan dengan manusia yang lain. Keistimewaan beliau tidak lain kerana beliau diberi wahyu oleh Allah SWT yang tidak diberikan kepada kebanyakan manusia lainnya. Allah SWT berfirman (masih dalam surah dan ayat yang sama):

Katakanlah, Sungguh, aku ini manusia biasa seperti kamu semua. (Hanya saja) aku telah diberi wahyu, bahwa Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Kerana itu, tetaplah kalian istiqamah pada jalan yang menuju kepada-Nya. (QS Fushshilat [41]: 6).

Makna Kelahiran Muhammad s.a.w

Kelahiran Muhammad saw. tentu tidaklah bermakna apa-apa seandainya beliau tidak diangkat sebagai Nabi dan Rasul Allah yang bertugas untuk menyampaikan wahyuNya kepada manusia supaya mereka mahu diatur dengan aturan apa saja yang telah diwahyukanNya kepada NabiNya itu. Kerana itu, Peringatan Maulid Nabi saw pun tidak akan bermakna apa-apa selain sebagai aktiviti ritual dan rutin belaka. Jika kaum Muslim tidak mahu diatur oleh wahyu Allah yakni al-Quran dan as-Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw ke tengah-tengah mereka. Sebab Allah SWT telah berfirman:

Apa saja yang diberikan Rasul kepada kalian, terimalah; apa saja yang dilarangnya atas kalian, tinggalkanlah. (QS al-Hasyr [59]: 7).

Lebih dari itu, pengagungan dan penghormatan kepada Rasulullah Muhammad saw yang antara lain dimanisfestasikan dengan Peringatan Maulid Nabi saw sejatinya merupakan perwujudan kecintaan kepada Allah kerana Muhammad saw adalah kekasihNya. Jika memang demikian kenyataannya, maka kaum Muslim wajib mengikuti seterusnya meneladani Nabi Muhammad saw dalam seluruh aspek kehidupannya bukan sekadar dalam aspek ibadah ritual dan akhlaknya saja. Allah SWT berfirman:

Katakanlah, Jika kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku. (QS Ali Imran [3]: 31).

Dalam ayat di atas, frasa fattabi?ûnî (ikutilah aku) bermakna umum kerana memang tidak ada indikasi adanya pengkhususan (takhshîsh), pembatasan (taqyîd) atau penekanan (tahsyîr) hanya pada aspek-aspek tertentu yang dipraktikkan Nabi saw. Demikian juga dalam firman Allah SWT berikut:

Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik. (QS al-Ahzab [33]: 21).

Ayat di atas juga bermakna umum tidak membatasi bahwa meneladani Rasulullah saw yang baik hanya dalam masalah ibadah khusus atau akhlaknya saja.

Dengan demikian, kaum Muslim dituntut untuk mengikuti dan meneladani Nabi Muhammad saw dalam seluruh perilakunya: mulai dari akidah dan ibadahnya; makanan/minuman, pakaian, dan akhlaknya; hingga berbagai muamalah yang dilakukannya seperti dalam bidang ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hukum, dan pemerintahan. Sebab, Rasulullah saw sendiri tidak hanya menbimbing kita bagaimana mengucapkan syahadat serta melaksanakan shalat, shaum, zakat, dan haji secara benar; tetapi juga mengajarkan bagaimana mencari nafkah melakukan transaksi ekonomi, menjalani kehidupan sosial, menjalankan pendidikan, melaksanakan aktiviti politik (pengaturan masyarakat), menerapkan hukuman (uqûbat) bagi pelaku jenayah, dan mengatur pemerintahan negara secara benar. Jadi, apakah benar Rasulullah saw hanya layak diikuti dan diteladani dalam masalah ibadah ritual dan akhlaknya saja, tidak dalam perkara-perkara lainnya? Tentu saja tidak.

Jika demikian, mengapa waktu ini kita tidak mahu meninggalkan riba dan transaksi-transaksi batil yang dibuat oleh sistem kapitalis tidak mahu mengatur urusan sosial dengan aturan Islam; tidak mahu menjalankan pendidikan dan politik Islam; tidak mahu menerapkan had hukum Islam (seperti qishâsh, potong tangan bagi pencuri, rejam bagi pezina, sebat bagi pemabuk, hukuman mati bagi yang murtad, dll); juga tidak mahu mengatur pemerintahan negara dengan aturan-aturan Islam? Bukankah semua itu pernah dipraktikan oleh Rasulullah saw selama bertahun-tahun di Madinah dalam kedudukannya sebagai ketua Negara Islam (Daulah Islamiyah)?

 

SEJARAH KELAHIRAN NABI & IKTIBAR

Laqad kaana lakum fii rasulillahi uswatun hasanatun liman kaana yarjullaha wal yaumal aakhira wazakarallaaha kathiraa.
(al ahzaab:21)

Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

KISAH PENYUSUAN

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.

NABI YATIM PIATU

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri."

PENGAJARAN/IKTIBAR

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.

Kelahiran Nabi s.a.w : Kelahiran Masyarakat Baru

Sebagaimana diketahui, masa sebelum Islam adalah masa kegelapan dan masyarakat sebelum Islam adalah masyarakat Jahiliah. Akan tetapi, sejak kelahiran (maulid) Muhammad saw di tengah-tengah mereka yang kemudian diangkat oleh Allah sebagai nabi dan Rasul pembawa risalah Islam ke tengah-tengah mereka dalam waktu hanya 23 tahun, masa kegelapan mereka berakhir digantikan dengan masa cahaya. Masyarakat Jahiliah terkubur digantikan dengan lahirnya masyarakat baru yakni masyarakat Islam. Sejak itu, Nabi Muhammad saw adalah pemimpin dalam segala bidang. Ia memimpin umat di masjid, dalam pemerintahan bahkan di medan pertempuran. baginda persis seperti seorang doktor jiwa yang mengubah jiwa manusia yang biadab menjadi jiwa yang memancarkan peradaban. Ia juga seorang ahli politik yang berhasil mempersatukan suku-suku Arab hanya dalam waktu kurang dari seperempat abad. Ia juga pemimpin ruhani yang melalui aktiviti ibadahnya telah mengantarkan jiwa para pengikutnya ke alam kelazatan samawiah dan keindahan suasana ilahiah.

Kerana itu, kita perlu menyimpulkan bahawa makna terpenting dari kelahiran Nabi Muhammad saw adalah keberadaannya yang telah mampu membidani kelahiran masyarakat baru yakni masyarakat Islam; sebuah masyarakat yang displin kehidupannya diatur seluruhnya oleh aturan-aturan Islam.

 

Renungan

Dari paparan di atas, jelas bahawa Peringatan Maulid Nabi saw sejatinya dijadikan momentum bagi kaum Muslim untuk terus berusaha melahirkan kembali masyarakat baru iaitu masyarakat Islam sebagaimana yang pernah dibidani kelahirannya oleh Rasulullah saw di Madinah. Sebab, siapapun tahu, masyarakat sekarang tidak ada bezanya dengan masyarakat Arab pra-Islam yakni sama-sama Jahiliah. Sebagaimana masa Jahiliah dulu saat ini pun aturan-aturan Islam tidak diterapkan.

Aturan-aturan Islam sebagaimana aturan-aturan lain tidak mungkin tegak tanpa adanya negara, maka menegakkan negara yang akan mempraktikkan aturan-aturan Islam adalah kewajipan . Inilah juga yang disedari benar oleh Rasulullah saw sejak awal dakwahnya. Rasulullah tidak hanya menyeru manusia agar beribadah secara ritual kepada Allah dan berakhlak baik tetapi juga menyeru mereka seluruhnya agar menerapkan semua aturan-aturan Allah dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Sejak awal, para pemuka bangsa Arab waktu itu menyedari bahwa secara politik dakwah Rasulullah saw akan mengancam kedudukan dan kekuasaan mereka. Itulah yang menjadi alasan orang-orang seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Walid bin Mughirah, dan para pemuka bangsa Arab lainnya sangat keras menentang dakwah Rasulullah saw. Akan tetapi, semua penentangan itu akhirnya dapat diatasi oleh Rasulullah sampai beliau berhasil menegakkan kekuasaannya di Madinah sekaligus melibas kekuasaan mereka di Makkah. Rasulullah saw bahkan berhasil menegakkan kekuasaan Islam sekaligus menghancurkan kekuasaan orang-orang kafir di seluruh jazirah Arab.

Walhasil, dakwah seperti itulah yang juga harus dilakukan oleh kaum Muslim saat ini yakni dakwah untuk menegakkan kekuasaan Islam yang akan mempraktikkan aturan-aturan Islam, sekaligus yang akan meruntuhkan kekuasaan rejim kafir yang telah memberlakukan aturan-aturan kufur selama ini. Hanya dengan itulah Peringatan Maulid Nabi saw yang diselenggarakan setiap tahun akan jauh lebih bermakna.

Sebagai catatan akhir, marilah kita sambut seruan dakwah Islam dengan melibatkan diri bersama-sama dengan para pengemban dakwah untuk menegakkan syariat Islam dan membidani lahirnya kembali masyarakat baru, yakni masyarakat Islam, dalam wadah Daulah Khilafah Islamiyah. Allah SWT berfirman:

Hai orang-orang beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasul-Nya jika Allah dan Rasul-Nya menyeru kalian menuju sesuatu yang akan menghidupkan kalian.

 

Rasulullah S.A.W Sumber Limpahan Rahmat

Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.
Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

PENGAJARAN DAN IKTIBAR

Dalam kesempatan yang ringkas ini, marilah kita renungi pengajaran dan iktibar dari kelahiran insan yang mulia ini, mudah-mudahan kita dan umat Islam kita mencontohi Baginda saw dan seterusnya membawa umat ini keluar dari penguasaan dan penindasan Zionis, Amerika dan Barat lalu kembali ke mercu keagungan dan kepimpinan dunia seperti yang pernah ia kecapi suatu masa dahulu.

Pengajaran Pertama

Sesungguhnya Nabi saw telah berjaya merubah manusia melalui cara yang mengikut sunnah alam, sunnah masyarakat iaitu merubah jiwa dan aqal mereka menggunakan segala bentuk Dakwah kearah membawa mereka dari kegelapan Jahiliyah kepada cahaya Patunjuk. Baginda saw berjaga malam, mengambil peluang setiap perhimpunan, musim keramaian, perjumpaan saudara mara kaum kerabat, segala perhubungan dan kesempatan. Baginda tidak menang hanya dengan kalimah Allah taala “Kun Fa Yakuun” (Jadilah! Maka terjadilah ia) akan tetapi Baginda mengetahui realiti permasalahan masyarakat lalu berkerja menghadapinya, sedar akan adat kebiasaan turun temurun mereka maka Baginda mengambilkira pengaruh dan kesannya, memahami fikiran orang ramai lalu membimbingnya, tahu akan kepayahan yang halangan yang menanti di hadapan lalu Baginda membuat persiapan untuk menghadapinya tanpa sekadar menyerah diri kepada takdir atau keadaan semata-mata. Maka selepas itu datang pertolongan dan kemenangan dari Allah satu persatu.

Baginda mengambil peluang-peluang, mengguna segala kesempatan dan keadaan, membina dan mengagih keupayaan-keupayaan, menguatkan perasaan dan tekad, menala fikiran ke arah matlamat, menilai perkara-perkara yang berlaku dengan nilaian yang sebenar samada ketika perang atau aman, terbuka atau rahsia. Baginda berdamai bila berdamai itu satu kemenangan seperti Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah. Baginda menerpa dengan penuh azam dan tegas bila ia membawa lonjakan ke depan bagi Islam seperti keputusan Rasulullah saw memimpin bala tentera seramai 10,000 orang lalu membuka Mekah pada tahun 8 Hijrah.

Baginda mengemukakan hujah, logik, bimbingan, pengajaran tanpa memaksa atau memandang kecil tabiat jiwa manusia, sangat mengambil berat dan mengasihani orang ramai, tidak kasar atau keras hati, tidak bertolak ansur dalam menegakkan kebenaran, selalu memaafkan dan selalu mencari jalan terbaik untuk meyakinkan orang lain agar menerima kebenaran tersebut.

Pengajaran Kedua

Baginda mengetahui bahawa asas mana-mana perubahan masyarakat ialah manusia itu sendiri, bukan semata-mata bangunan yang tersergam, kenderaan yang hebat atau teknologi yang canggih. Oleh itu Baginda sedaya upaya berusaha mewujudkan manusia berkualiti agar menjadi agen perubahan yang dikehendakki Islam dan menghimpunkan mereka di sekeliling Baginda. Tidak berlaku perubahan dalam umat kecuali oleh mereka yang bersungguh merubah diri dan persekitarannya, yang turun padang di medan masyarakat berdepan musuh yang ramai, bentuk perang yang berbagai, samada di dalam jiwa-jiwa jahiliyah atau di luarnya berupa senjata dan peralatan canggih yang berbagai. Lalu lahirlah keperibadian yang tinggi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Zubair bin Awwam dan sezaman mereka.

Pertembungan Jahiliyah dulu dan lebih-lebih lagi masakini menjadi lebih sengit lagi disebabkan pekatnya jahiliyah tersebut, godaan, adat kebiasaan, kepercayaan yang diwarisi turun temurun, jurang taraf hidup, hawa nafsu, serangan dari agama-agama lain, khurafaat, bid’ah, penipuan, penyesatan dan sebagainya. Kesemua ini mewajibkan kita yang ingin membela agama untuk memiliki 3 perkara asasi iaitu Iman, sabar dan masa. Ini disebut oleh Allah swt dalam banyak ayat Al-Quran di antaranya bermaksud, “Wahai orang yang berselimut, bangun malamlah kamu barang sedikit, separuh malam atau kurang darinya atau lebih darinya dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan dan mengamati). Sesungguhnya Kami akan menurunkan ke atas kamu perkataan (arahan) yang berat” (surah Al-Muzammil). FirmanNya lagi, “Bersabarlah seperti bersabarnya Ulul Azmi dari kalangan para Rasul dan jangan kamu gopohkan mereka” (Al-Ahqaaf:35). Rasulullah saw menghadapi pertembungan ini dengan iman, sabar dan tenang sehingga terbentuknya satu ummah yang kuat dari kalangan para Sahabat ra. Baginda menang bersama mereka, mereka menang bersama Baginda lalu mereka terus membawa panji-panji Hidayah ini dan berjihad dijalannya sehingga umat manusia di dunia sejahtera dengan ajaran dan kepimpinan Islam.

Pengajaran Ketiga

Sesungguhnya Tarbiyah atau mendidik para pendokong adalah asas kekuatan dan rahsia keagungan Islam, dahulu, kini dan selamanya. Tarbiyah telah membawa para Sahabat ra kepada kesatuan, persaudaraan dan merupakan intipati kebahagiaan dan kebanggaan mereka. Rasulullah saw mentarbiyah para Sahabat sehingga menjadi manusia yang paling mulia jiwanya, hati yang paling taqwa, anggota dan badan yang paling bersih dan suci. Mereka kuat menghubungkan silaturrahim, memiliki perasaan yang mendalam, lidah yang paling sopan dan pertuturan yang benar. Mereka adalah gambaran sebenar terhadap Dakwah yang mereka bawa, contoh Al-Quran yang hidup, tauladan yang unik dan hebat yang menjelaskan Risalah mereka, sejarah yang harum, saksi yang jelas betapa hebatnya Hidayah ini dan jujurnya Pendakwah Islam, agungnya ajaran-ajaran Tuhan dan Manhaj (sistem) Ilahi. Al-Quran memuji keperibadian dan keteguhan mereka dalam firmanNya, “Dan apabila orang-orang beriman melihat Tentera Bersekutu (Al-Ahzab) mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan kepada kami oleh Allah dan RasulNya. Benarlah Allah dan RasulNya. Tidak menambah dalam diri mereka melainkan Iman dan penyerahan. Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar dengan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid dan sebahagian lagi (masih) menunggu dan mereka sekali-kali tidak merubah janji mereka” (Al-Ahzab:32-33).

Allah juga memuji hati, jiwa, kasih sayang dan ithar (melebihkan orang lain melebihi diri sendiri) mereka dengan firmanNya, “Dan orang-orang yang menyediakan tempat tinggal dan iman sebelum mereka. Mereka kasih kepada orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Tiada dalam hati mereka kepentingan dari apa yang mereka beri (kepada orang-orang yang berhijrah). Mereka melebihkan (mereka) lebih dari diri mereka sendiri walaupun mereka sendiri ada kesusahan. Siapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri maka merekalah orang-orang yang berjaya. Dan orang-orang yang datang selepas mereka berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara (seIslam) yang terlebih dahulu beriman sebelum kami. Jangan Engkau jadikan dalam hati kami prasangka terhadap orang-orang beriman. Wahai uhan kami sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Mengasihani” (Al-Hasyr:10).

Kesemua kualiti di atas tidak mungkin di capai melainkan dengan tarbiyah atau didikan bersungguh lagi berterusan oleh Rasulullah saw dengan acuan Al-Quran dan contoh tauladan yang ditunjuk oleh Baginda saw. Dengan kecelaruan tarbiyah sebahagian masyarakat hari ini oleh media massa yang banyak memaparkan kelucahan seperti mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, kebendaan, dialog dan kefahaman yang asing dari ilmu Islam sebenar seperti Sisters in Islam, Kumpulan Anti-Hadis, suasana persekitaran yang dicemar oleh Budaya Kuning yang diimpot membuta tuli dari Barat, maka adalah sukar untuk umat bangkit kembali kerana kerosakan yang tenat dialami oleh sumber manusianya. Jika faktor manusia bermasalah, maka faktor-faktor pendokong sampingan penting yang lain seperti bangunan, ekonomi dan teknologi pasti tidak sempurna dan tidak ke mana. Di sini fahamlah kita kenapa Barat sangat berusaha memastikan agar filem-filem Hollywood, kisah hidup artis-artisnya disebar dikalangan masyarakat Islam melalui tv, majallah, akhbar dan tokoh.

Pengajaran Keempat

Dari Seerah Rasulullah saw, kita dapati bahawa mana-mana sejarah yang agung tidak lari dari melalui fasa-fasa penemuan atau kelahiran suatu yang baru, perkembangan, kematangan, jihad, pertarungan, pengorbanan, bimbingan, petunjuk, pimpinan, hikmah, kasih sayang dan keadilan. Kesemua sifat-sifat di atas bukan sahaja terdapat pada diri dan seerah Rasulullah saw tetapi juga terdapat dalam manhaj (sistem) dan risalah yang Baginda saw bawa. Sesungguhnya Seerah Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita cara untuk menuju ke arah keagungan dan kepimpinan yang sebenar. Ia juga dalam masa yang sama memaparkan kemuflisan tamaddun yang tidak berasas Aqidah Islam yang membelenggu umat manusia. Al-Quran banyak menyebut kedua-dua jenis manusia ini atau kedua-dua jenis tamaddun dan sejarah ini, iaitu sejarah Pembawa Hidayah yang membaiki masyarakat dan sejarah Taghut yang membawa kerosakan dengan dosa dan jenayah. Bacalah Al-Quran mengenai sejarah umat-umat terdahulu nescaya kita akan mendapati kisah-kisah mereka.

Tamaddun Islam di zaman Khulafak Rashidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiah dan Bani Uthmaniah adalah indah dan unik kerana berjaya menggabungkan kualiti manusia seperti aqidah, ibadah dan akhlak dengan kualiti teknologi dan kebendaan seperti ilmu matematik, sains, perubatan, falak dan sebagainya. Tentera Islam dari kurun ke 7M hingga kurun ke 16M banyak membuka negara-negara baru di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Asia Barat sambil membebaskan rakyat tempatan dari penindasan pimpinan mereka, mentadbir dengan Islam yang adil dan bebas, membangunkan negara dengan akhlak dan teknologi. Sebaliknya pula Penjajahan Barat ke atas umat Islam sejak kurun 17M hingga hari ini seperti di Palestin, Chechnya, Iraq dan selainnya dipenuhi dengan pembunuhan ribuan nyawa yang tidak berdosa, penyiksaan dalam tahanan, tipudaya, mencuri kekayaan hasil bumi, menyebarkan budaya maksiat, sandiwara letupan bom di tempat awam, mencetuskan perbalahan antara kaum dan lain-lain yang menjijiknya.

Oleh itu jika dibuat perbandingan antara hidayah yang dibawa oleh Rasulullah saw dengan kesesatan yang dipaksakan oleh Barat kepada kita sebagai umat di Timur, kita dapati perbezaannya amat jauh dan ketara, umpama perbezaan antara siang yang terang benderang dan malam yang gelap gulita.

Pengajaran Kelima

Wajib ke atas umat hidup dengan risalahnya sekiranya ia ingin mengembalikan kebaikan dan kepimpinannya terhadap umat yang lain. Tiada jalan lain melainkan kita mesti memiliki kembali syarat-syarat kebaikan tersebut seperti yang difirmankan Allah swt bermaksud, “Kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan kamu mencegah dari (manusia melakukan) kemunkaran serta kamu beriman kepada Allah” (Ali Imran:110). Umat mesti hidup dengan risalahnya sekiranya ia hendak hidup dengan mulia dan disegani oleh pihak lawan. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku di mana umat dihukum dalam bentuk hawa nafsu dan musuh-musuhnya pula akan menguasainya. Ini adalah sunnah Allah terhadap umat yang tidak mengikuti dan melalui jalan yang digariskan oleh Allah swt. Firman Allah swt, “Bacakanlah kepada mereka kisah orang-orang yang Kami berikan ayat-ayat Kami lalu mereka menjauhkan diri dari ayat-ayat tersebut lalu Syaitan mengekorinya dan jadikan dia orang-orang yang sesat. Kalau Kami kehendakki, Kami akan mengangkat (kedudukan)nya dengan ayat-ayat tersebut tetapi dia telah cenderung ke (perhiasan dan godaan) dunia dan mengikut hawa nafsunya. Dia adalah umpama anjing yang sekiranya kamu memikulnya ia menjelirkan lidahnya atau sekiranya kamu membiarkannya ia menjelirkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” (Al-A’raaf:175-176).

Ini bermakna umat tidak bangkit hanya dengan Al-Quran yang terdapat di almari dan masjid semata-mata, akan tetapi umat ini akan bangkit mengalahkan Barat dan meneraju dunia sekiranya ia hidup mengamalkan Al-Quran dalam diri mereka, lalu mereka menjadi Al-Quran yang bergerak, boleh dilihat oleh manusia isikandung Al-Quran menerusi iman, kefahaman, perasaan, ibadah dan akhlak pengamal-pengamal Al-Quran tersebut. Adalah buruk orang yang tidak mengenali Al-Quran, tetapi lebih buruk lagi mereka yang diberi Al-Quran, belajar membacanya ketika di sekolah rendah hingga khatam kemudian tidak memperdulikannya ketika dewasanya lantaran keangkuhannya atau tergodanya dia dengan kehidupan dunia yang sementara dan memperdaya seperti perumpamaan yang diberi oleh Allah dalam Surah Al-A’raaf di atas.

Ini adalah sebahagian pengajaran dan iktibar dari Seerah Rasulullah saw sempena memperingati Maulid Nabi saw, mudah-mudahan jalan hidup kita di tahun-tahun yang berbaki di hadapan menjadi lebih jelas, umat akan segera sedar dari lamunan, membuka mata lalu bingkas bangun dan bergerak melalui jalan dan fasa-fasa yang ditunjukkan oleh rasul, ketua dan pimpinan mereka, Nabi Muhammad saw. Sebagaimana cintanya kita kepada Rasulullah saw, begitu juga sayangnya kita kepada umat Islam ini dan sentiasa berdoa dan berusaha agar mereka kembali membawa panji-panji memimpin dan membimbing umat kafir yang lain. Sejarah membuktikan mereka mampu sekiranya mereka mahu walau orang-orang kafir tidak menyukai dan merencana. “Mereka (orang-orang kafir) mahu memadam cahaya Allah (Islam), tetapi Allah enggan, bahkan sebaliknya Dia menyempurnakan CahayaNya walau orang-orang kafir tidak menyukai” (As-Saff).

 

KEWAJIPAN MUSLIM

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim khususnya para pendakwah yang berkaitan dengan keimanannya terhadap nabi Muhammad s.a.w;

1. Mencontohi beliau dalam semua perkara dengan berusaha untuk melakukan sunnah-sunnah beliau.

2. Menyebarkan sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan manusia dan masyarakat. Ini dilakukan secara sempurna dengan penglibatan yang aktif dalam usaha dakwah - usaha mengajak manusia untuk mengamalkan Islam berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

3. Mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w dari penyelewengan dan serangan mereka yang dengki terhadapnya. Ini juga tidak dapat dicapai kecuali dengan penglibatan dalam usaha dakwah. Bahkan lebih penting lagi ialah usaha dakwah yang kolektif.

4. Berkaitan dengan segala di atas, hendaklah ada dalam kehidupan kita masa untuk kita membaca dan mengkaji buku-buku hadits kerana tidak mungkin kita dapat melakukan sunnah Rasulullah s.a.w menyebar dan mempertahankannya jika tidak mengetahuinya. Tidak mungkin pula, kita dapat mengetahui sunnah Rasulullah s.a.w jika tidak mengkaji dan membacanya. Begitu juga dengan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w bagi mendapat panduan dan untuk dijadikan bahan iktibar dalam usaha dakwah. Usaha ini seharusnya tidak terhenti dalam kehidupan kita kerana luasnya ilmu berkaitan hadits dan sirah Rasulullah s.a.w dan
banyaknya buku yang ada sebagai bahan kajian. Usaha ini juga penting kerana ia akan membantu memperingatkan diri kita yang pelupa, memperbaharui kasih kita kepada Rasulullah s.a.w dan mempertingkatkan komitmen dalam usaha dakwah.

5. Hendaklah kita sentiasa berselawat ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda kasih kita kepada beliau dan sebagai sebahagian dari zikir harian kita yang akan menyucikan dan menguatkan rohani kita. Bagi Muslim, berselawat ke atas Rasulullah s.a.w setiap hari adalah sesuatu yang mesti. Bagi Muslim, selawat adalah sesuatu yang seharusnya membasahi bibir dan mulut kita. Adalah malang jika dalam sehari selawat kita kepada Rasulullah s.a.w tidak melebihi dari jari yang kita miliki. Sedangkan ia adalah satu amal yang mudah. Ia boleh dilakukan hampir di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Samada ketika memandu, dalam MRT, berehat sebentar dari tugas di pejabat dan sebagainya.

Hasil dari apa yang dinyatakan di atas, ialah rasa kerinduan yang amat sangat terhadap Rasulullah s.a.w dalam diri kita. Rindu untuk bertemu beliau, rindu untuk bersalam dan mengucup tangan beliau dan rindu untuk mendakap beliau.

Ibarat seorang yang merindui kekasihnya atau isterinya yang lama telah ditinggalkannya kerana bermusafir.

Bersedihlah kita hari ini, apabila hari-hari sebelum ini kita tidak pernah merasai kerinduan kepada Rasulullah s.a.w sedangkan kita sering merindui isteri, anak-anak atau kekasih.

Kerinduan inilah yang akan membentuk dorongan yang kuat untuk terus menjayakan perjuangan ini kerana kita memahami bahawa kerinduan ini tidak akan terubat kecuali dengan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w, kita haruslah layak untuk memasuki syurga dan tidak mungkin, kita dapat memasuki syurga jika amal kita sedikit dan komitmen kita kepada perjuangan ini lemah.

Mengenal Rasulullah SAW

Apakah kita benar-benar mengenal Nabi Muhammad SAW, iaitu mengenal secara lahir dan batin, jasmani, maknawi dan rohaninya? Atau kita hanya mengenal secara lahirnya saja, tidak lebih dari itu? Atau mengenal secara rambang saja?
Sebenarnya kalau manusia mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, pasti manusia jatuh hati kepadanya. Kita akan cinta, menyebut selalu namanya, melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Kita akan terasa terhutang budi kepadanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar kita mengenal Nabi kita sendiri, siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Sayidina Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah. Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Nasabnya sampai kepada Nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan. Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan. Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Syirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya, kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW, tidak akan diwujudkan.

Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat lahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrakkan dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang.

Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia. Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubra di Akhirat dan orang yang pertama masuk Syurga.

Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap. Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat, sekalipun dia tidak menulis dan membaca. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia daripada para malaikat. Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu nyata sekali. Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya. Bahkan macam orang mabuk tidak akan melupakannya. Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.

Adakalanya laksana ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, dan adakalanya juga bagaikan ketua tentara. Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi, dia dapat pujian daripada Tuhannya. Keberaniannya luar biasa. Dia sanggup berjalan di hadapan musuh-musuhnya seorang diri, tidak sedikit pun takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta, tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.

Ibadahnya banyak sekali, terutama solat hingga bengkak-bengkak kakinya kerana begitu lama berdiri di hadapan Tuhannya. Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa saja. Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan, satu perbuatan yang luar biasa. Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri. Sangat menerima keuzuran orang. Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya. Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi dari keseluruhan para rasul ‘alaihimusshalatu wasallam. Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.

Hatinya begitu jaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau ikut serta, tapi pelik, dia tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang. Anak-anak didikannya, itulah dia para Sahabat hingga dia berkata: “Sahabat-Sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk. Para ulama umatku, laksana para-para nabi Bani Israil”. Julukan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.

Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dilempar dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan nyata, iaitu namanya digandingkan dengan nama Tuhannya, yaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya. Doa yang hendak dikabulkan, di awal dan akhirnya hendaklah menyebut namanya. Doanya sangat makbul, bahkan siapa yang berdoa, bertawasul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak berselawat dengannya, diberi syafaat di Akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.

Mukjizat-mukjizatnya yang begitu banyak menunjukkan kebenarannya. Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah. Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi. Orang tidak dapat menentang matanya karena kehebatannya yang amat nyata di wajahnya. Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertatap pandang dengannya. Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya, sehingga sebagian perkara-perkara yang belum terjadi, seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.

Begitu kuat tawakalnya kepada Allah Taala hingga makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya, bahkan diberikan kepada yang berhak. Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan. Tidak pernah mencerca makanan. Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Begitu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir. Lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat, sekalipun terhadap binatang.

Apa yang diperkatakannya, ibarat mutiara. Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinannya sangat berjaya. Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah, dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala. Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya, sekalipun yang bukan Islam. Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk, sekalipun binatang.

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW. Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya. Baru sedikit saja kita ceritakan tentangnya, sudah mengagumkan kita. Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya? Apakah manusia seumpama ini kita bisa melupakan begitu saja? Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang begitu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya? Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.

Lantaran itulah, orang yang benar-benar mengenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita, agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa. Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya
peribadi Nabi mu
Pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad Nabi mu SAW, Nabi mu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabi mu sendiri
Siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah.
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu.
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.

Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah.
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.
orang yang memberi syafaatulkubra di akhirat dan orang yang pertama masuk syurga
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung.
Tiada siapa yang dapat menirunya.

Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat
Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia
Adakalanya dirasakan guru
Adakalanya bagaikan pemimpin
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri
di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luarbiasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.
Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya

Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan
27 kali dia ikut sama atau ikut serta
tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.
Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata:
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan
petunjuk."
"Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil." -jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwah
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi
seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinanya sangat berjaya
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah :
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka.

Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa, yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya.
Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

PERSOALAN

MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?

Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
Firman Allah SWT:

Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)

Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
2. SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. APAKAH IKTIBAR DARI KENYATAAN INI?

Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:

Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)

Hikmahnya besar dan tidak terhad
Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.
Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.
Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.
Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran.
Didikan secara langsung dari Allah SWT.
3. JIKA BEGITU SEKALI KEHEBATAN PERIBADI BAGINDA, MENGAPAKAH SUKAR BAGI SESETENGAH KITA UNTUK MENCONTOHINYA?

Soalan yang sangat penting.
Kehebatan Rasulullah SAW turut diakui oleh pengkaji barat seperti Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
Mengapa sukar mencontohi baginda?
Bukan hanya orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri mungkin ramai yang sulit mencontohi kehidupan Nabi SAW.
Contohnya: Hadith berkenaan puasa, Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa. Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik? Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?
Allah sebut dalam al-Quran:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab 33: 21)

Tiga ciri orang yang boleh melihat Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik iaitu:
Meletakkan harap / matlamat hidupnya kepada Allah (Allah Centric)
Ganjaran pekerjaan yang diutamakan adalah habuan Akhirat
Konsisten mengingati Allah dalam segenap kehidupan
Membetulkan pandangan terhadap Rasulullah
Percaya dengan apa yang dipercayai oleh Rasulullah SAW (Aqidah)
Inilah yang diusahakan oleh Baginda SAW selama 13 tahun secara intensif pra Hijrah.